24/07/2007 9:29 am
Penyakit Asma: Jangan Ambil Mudah

Pesakit ambil mudah tahap asma.

TANYALAH mana-mana pesakit asma tentang keadaan mereka dan apa maknanya kepada kehidupan seharian mereka. Anda boleh menjangkakan keluhan yang menceritakan liku-liku kehidupan yang dipenuhi dengan batuk, berdehit, kesukaran bernafas, dada berasa ketat dan tidur yang terganggu.

Keradangan pada saluran pernafasan – salur ‘paip’ di mana udara bergerak dan membenarkan kita bernafas dengan mudah – merupakan puncanya. Saluran pernafasan membengkak (radang) serta menjadi sempit dan tiba-tiba anda kehilangan ruang untuk bernafas.

Dan jika itu tidak cukup teruk – asma merupakan penyakit yang berubah-ubah, dan terdapat beberapa penyebab yang boleh mencetuskan serangan antaranya alahan, pencemaran, selesema, bulu haiwan peliharaan, habuk, merokok, dan juga sesetengah jenis makanan serta ubat-ubatan.

Bagi lebih dua juta rakyat Malaysia, iaitu lebih kurang 8 peratus penduduk, asma boleh menjadi penyakit jangka panjang yang melesukan dan menjejaskan kualiti hidup mereka.

Gejala biasa bagi seorang penghidap asma termasuk batuk, berdehit, pendek nafas, dada rasa ketat serta terjaga pada waktu malam disebabkan oleh gejala-gejala sedemikian.

Gejala-gejala ini mungkin tidak kelihatan serius, namun bagi mereka yang menghidap asma, ia mengehadkan aktiviti harian mereka, dan serangan asma yang serius boleh membawa maut.

Amnya, pandangan penghidap asma tentang keadaan mereka berbeza dari realiti situasi sebenar. Mereka cenderung memandang mudah tahap asma mereka. Apa yang tidak mereka sedari adalah, dengan pengurusan yang baik, kebanyakan penghidap asma boleh menjalani gaya hidup aktif yang sihat dan normal.

*Hilang kawalan

Adalah tidak memeranjatkan apabila didapati majoriti besar (97 peratus) penghidap asma bertanggapan bahawa asma mereka terkawal baik. Realiti sebenarnya, asma pada kebanyakan penghidap (lebih dari separuh) tidak dikawal baik.

Mereka masih mengalami kesukaran bernafas, tidak dapat menikmati tidur malam yang baik disebabkan oleh masalah bernafas, dan sering mengalami gejala asma seperti dada rasa ketat.

Dua komponen utama dalam rawatan asma yang perlu dipertimbangkan oleh penghidap adalah keradangan serta bronkokonstriktor (kekejangan atau kesempitan) salur pernafasan disebabkan oleh ubat.

Keradangan dirawat dengan ubat pencegah yang patut digunakan setiap hari. Namun, apabila serangan berlaku, dan saluran pernafasan menjadi lebih sempit, kebanyakan pesakit asma mengguna alat penyembur pelega berwarna biru (mengandungi ubat bronkodilator) terlebih dahulu.

Tetapi, alat penyembur pelega tidak merawat punca keradangan. Oleh itu kitaran radangan tetap berlaku.

Kajian oleh International Asthma Patient Insight Research (INSPIRE) mengesahkan bahawa kebanyakan pesakit asma tidak mempunyai pengurusan asma yang baik. Bukan sahaja mereka bergantung kepada alat penyembur pelega lebih dari sepatutnya, mereka juga telah meningkatkan terapi kelegaan.

Melegakan kekejangan saluran pernafasan dengan ubat bronkodilator dari alat penyembur pelega biru tanpa merawat punca radang saluran pernafasan hanya menyelesaikan sebahagian masalah sahaja.

(Mingguan Malaysia 22 Julai 2007, berita penuh)


13/07/2007 3:48 pm
Apa khabar Orang Shah Alam?

Sempena Ekspo Anjuran DPMM Selangor di PKNS Shah Alam bermula dari 13 hingga 16 Julai, Sup Sarang Burung sekarang boleh di dapati di Gerai Phaser PKNS.

Sudi-Sudi lah singgah di gerai kami... 

 


05/07/2007 1:44 pm
Terima Kasih Orang Kepong


"pelanggan pertama yang datang directly melalui blog jatuh kepada...
Orang Kepong".

Tepuk! Tepuk! Tepuk!

Sebagai penghargaan, kami akan bagi diskaun 10% lagi untuk pesanan 5 kotak yang seterusnya.

Adakah anda pun nak dapatkan diskaun tersebut? Mudah saja.
Jadi lah di antara 5 pelanggan kami yang seterusnya.
(Untuk member-member yang sudah ditawarkan harga istimewa, tak boleh ye.. bagi peluang kat orang lain pulak.)

Orang Kepong ni rupanya pernah minum sup sarang burung (jenama lain), oleh itu tak perlulah nak bercerita panjang lebar tentang khasiatnya. Beliau selalu minum sebelum tidur. esok pagi bangun, rasa cantik je kulit tu....tapi jangan ingat minum hari ini, esok terus berseri-seri. Ini bukan skim cepat cantik ye.

Jadikan amalan, kalau tak boleh setiap hari, cuba setiap 2 atau 3 hari. atau seminggu sekali.  Bajet pun kena jaga jugakan.

 

 


26/06/2007 8:43 pm
Dapatkan segera...

Sarang Burung Ginseng dengan Cendawan Putih & Gula Batu adalah diproses daripada ramuan asli mengikut resipi tradisional, dengan menggunakan tekologi terkini untuk menikmati keenakkan semulajadinya. Ia boleh diminum secara panas ataupun sejuk mengikut citarasa individu.

Antara Khasiatnya:

  • meningkatkan sistem imun dan antibodi supaya tidak mudah dijangkiti penyakit seperti demam dan selsema.
  • Membantu melegakan penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan seperti batuk, asma dan sakit tekak.
  • Membantu mencantikkan kulit dengan memberikan nutrien yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan sel kulit.
  • Meningkatkan tenaga dan kecergasan dalaman.


Ingin mencubanya? Sila telefon 016 685 4791 (zubir)
Buat masa ini kami hanya beroperasi di Lembah Kelang. Jika anda diluar Lembah Kelang, jangan bimbang, jika ada permintaan yang menggalakkan, kami pasti akan ke tempat anda, InsyaAllah.


23/06/2007 1:24 am
Selamat Datang ke blog kami...


Selama ini anda hanya mendengar tentang Sup Sarang Burung atau Bird's Nest Soup. Mungkin anda berminat untuk merasainya tapi tak pasti, "boleh ke?, halal ke?".

Sekarang tak perlu risau lagi kerana RS Ceria, syarikat 100% usahawan Bumiputera, telah mengeluarkan Bird's Nest Ginseng yang disahkan halal dan disokong oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Untuk keterangan lanjut dan cara untuk mendapatkannya, sila hubungi saudara Zubir Zainal di 016 685 4791 atau email supsarangburung@jomniaga.com.

Terima Kasih. Semoga sihat selalu, InsyaAllah.